Tapi pada Finny, tak kisah la kalau seseorang itu tidak pernah jatuh cinta lagi. Lagi bagus. Nak tau kenapa? Cuba fikir... apabila seseorang yang tidak pernah jatuh cinta dan dia bertemu dengan seseorang yang ditakdirkan untuknya, CINTA dan HATI dia akan diberikan kepada seseorang yang ditakdirkan untuknya. CINTA dan HATI dia yang tidak pernah diberikan kepada orang lain. CINTA, dan HATI yang tidak pernah diusik lagi... SUCI dan MURNI... Hehehehe.... Untung bagi mereka yang dapat seseorang yang tidak pernah jatuh cinta lagi kerana dia akan memiliki sekeping HATI, sebuah CINTA yang tidak pernah dikongsi dan diusik lagi. SUCI dan IKHLAS... Betul tak? Fikir-fikirkanlah...
Jangan terburu-buru untuk mengejar CINTA dan jangan terburu-buru untuk mencari pasangan hidup. Ini untuk peringatan Finny gak... Berpegang dengan JANJI ALLAH, iaitu, ada jodoh untuk kita semua, dimana, siapa biar ALLAH yang tentukan.. Kita hanya merancang, ALLAH yang tentukan... QADA' dan QADAR kita ditangan ALLAH....
Doa untuk KEKASIH...
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…
Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…
Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…
Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…
Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…
Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…
Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.
0 comments:
:01 :02 :03 :04 :05 :06 :07 :08 :09 :10 :11 :12 :13 :14 :15 :16 :17 :18 :19 :20 :21 :22 :23 :24 :25 :26 :27 Post a Comment